LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat ini telah bermula dengan sebuah syarikat milik sendiri oleh En. Md Aris b. Md Kubra sejak 1972. Pada waktu itu beliau telah menguruskan Segemal Kantin (Belia 4B) di Bangunan Sultan Abdul Samad  atau dikenali oleh orang ramai dengan nama ‘Kantin Perbendaharaan dan SUK’.

Dalam tahun 1979,beliau telah mendaftar AL HUDA untuk menjalankan perniagaan kantin serta katering dan di antara  tempat-tempat yang   telah berjaya  dikendalikan adalah :-

  • Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor 1973 – 1984
  • Masjid Negara             1976 – 1979
  • Parlimen 1979 – 1992
  • Medan Mara (Ibu Pejabat) 1984 – 1991

 

Oleh kerana peluang peningkatan perniagaan dalam bidang makanan adalah besar, maka beliau telah menumpukan sepenuh masa dan tenaga dalam bidang katering makanan dan seterusnya menukar status syarikatnya kepada Sendirian Berhad untuk memastikan perjalanan operasi syarikat berjalan lancar.  

 

Pada 26 Ogos 1994 beliau telah menubuhkan AL HUDA KATERING SDN BHD dengan modal dibenarkan adalah RM 500,000.00 dan modal berbayar pula RM 100,000.00. Kini syarikat memiliki modal berbayar sebanyak RM 400,000.00 dengan kakitangan sebanyak empat puluh (40) orang dan peralatan dapur yang lengkap serta memiliki enam (6) buah lori dan van untuk penggunaan pengangkutan barangan syarikat dan katering.

 

Pada 2008, untuk mempelbagaikan perniagaan AL HUDA ENTERPRISE SDN BHD telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM 1,000,000.00.Syarikat ini menjalankan pelbagai perniagaan selain meneruskan perniagaan catering dan kanopi.